Zaid Rayu Rakyat Hulu Selangor Selamatkan Malaysia
Oleh Fazli Othman
KUALA KUBU BAHARU 24 Apr - Pilihan raya kecil Hulu Selangor menjadi referendum untuk rakyat menolak kerajaan Umno-Barisan Nasional dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim terharu dengan sokongan rakyat di Hulu Selangor walau pun Umno BN mengguna taktik politik kotor dengan membawa pengundi hantu untuk menang.
"Sebelum ini kita dijajah dan Tunku Abdul Rahman telah memerdekakan Tanah Melayu, tapi kali ini kita dijajah oleh pemimpin yang pecah amanah dan menipu rakyat.
"Tahun 1957 kita sudah merdeka tapi kali ini Umno-BN datang ke Hulu Selangor dan merasuah untuk membeli undi sebanyak RM50,000 kepada penduduk di Sungai Buaya," kata Zaid pada ceramah 'grand finale' di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu malam tadi.
Suara Raja Melayu
Pada 27 Mac lalu, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim meminta rakyat menolak pemimpin yang menyebabkan negara dijajah oleh pihak asing. ''Jika kita mahu memilih pemimpin negara, lebih baik memilih mereka yang tidak dicucuk hidung oleh kuasa lain," titah baginda.
Persoalannya: Siapakah yang dimaksudkan oleh Baginda? Ini adalah kerana kedu-dua pihak saling tuding menuding antara satu sama lain. Kedua-duanya mungkin, sama ada yang sedang memegang tampuk pemerentahan negara atau pun yang menentangnya.
Tetapi rasanya hanya satu pihak sahaja yang ada kemungkinan besar menunjukkan negara kita telahpun dijajah secara tidak kita sedari dengan menjemput pihak-pihak asing menyediakan sistem maklumat yang menyebabkan maklumat keselamatan negara kita diketahui oleh pihak luar dan siapakah yang telah membuat liberasasi kewangan yang boleh menyebabkan negara kita terdedah kepada pemasalahan ekonomi yag teruk, mungkin lebih teruk dari krisis kewangan akibat tindakan George Sorros tahun 1997 dahulu.